fb fb fb fb fb

Angka kematian tentera Israel meningkat kepada 193 orang

FOTO AFP

TEL AVIV 18 Januari- Bilangan tentera Israel yang mati di Gaza meningkat kepada 193 orang, setakat ini.

Ia selepas tentera Israel mengumumkan kematian seorang lagi askarnya semalam.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sejak zionis menjalankan operasi darat di Gaza bermula pada akhir Oktober lalu.

Zionis dilapor semakin meningkatkan operasinya di selatan Gaza ketika bantuan kemanusiaan sedang memasuki wilayah berkenaan.

"Bekalan ubat untuk tebusan dan bantuan (lain) telah masuk ke Gaza bawah perjanjian yang diumumkan Selasa lalu berikutan pengantaraan Perancis dan Qatar," ujar jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari di laman sosial X semalam  -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA