fb fb fb fb fb

Angka kematian di Gaza cecah 55,706, lebih 130,000 cedera

Penduduk Gaza tangisi ahli keluarga yang terkorban dalam serangan terbaharu Israel - Reuters

GAZA, 20 Jun - Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza akibat serangan berterusan Israel, kini mencecah 55,706 orang.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan, mangsa yang cedera pula kini seramai 130,101 orang setakat Khamis.

2006 LNR GAZA DEATH TOLL UPDATE 1Israel mengebom sekumpulan rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan tengah Gaza - Reuters

Menurutnya, dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel telah mengorbankan 69 nyawa dan mencederakan 221 orang.

Konflik kemanusiaan di wilayah Palestin itu terus merosot akibat kekejaman zionis.

Pada Khamis, tentera Israel dilaporkan telah mengebom sekumpulan rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan tengah Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan ramai lagi cedera. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK