fb fb fb fb fb

IAEA: Reaktor Khondab terkena serangan, tiada kesan radiasi

Rakaman serangan di reaktor Khondab yang disiar media tempatan - Reuters

KHONDAB, 20 Jun - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan reaktor penyelidikan air berat di sini telah terkena serangan Israel semalam.

Bagaimanapun, tiada kesan radiasi kerana reaktor itu belum beroperasi dan tidak mengandungi bahan nuklear.

“Reaktor Khondab (dahulu dikenali sebagai Arak) masih dalam pembinaan dan tidak aktif, jadi tiada bahan nuklear dan tiada kesan radiasi,” kata IAEA dalam satu hantaran di platform X.

Tentera Israel mengesahkan mereka menyerang reaktor Arak dan tapak yang disyaki digunakan untuk pembangunan senjata nuklear berhampiran Natanz.

Mereka mendakwa telah menyasarkan bahagian penting reaktor yang berkaitan dengan penghasilan plutonium.

2006 LNR REAKTOR TERKENA SERANGAN 1Dua peluru dilaporkan mengenai kawasan sekitar reaktor Khondab - Reuters

Reaktor Khondab masih belum siap sepenuhnya, susulan pembinaannya dihentikan selepas perjanjian nuklear pada 2015, dan teras asalnya telah dibuang serta dipenuhi konkrit supaya tidak boleh digunakan lagi.

Namun, Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka merancang untuk mula menggunakannya pada 2026.

Reaktor jenis air berat boleh menghasilkan plutonium, yang boleh digunakan untuk membuat senjata nuklear, tetapi Iran menegaskan program nuklear mereka adalah untuk tujuan aman.

Media Iran pula melaporkan sistem pertahanan udara diaktifkan berhampiran kemudahan Khondab, dan dua peluru mengenai kawasan sekitar, bagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK