fb fb fb fb fb

Angka kematian akibat banjir di Sepanyol meningkat kepada enam orang

MADRID, 9 September- Pasukan penyelamat menemukan mayat seorang wanita di tengah Sepanyol menjadikan jumlah kematian akibat banjir meningkat kepada enam orang.

Ia berikutan hujan lebat hujung minggu lalu.

Menurut jurucakap pasukan polis Guardia Civil Antonia Requena, seekor anjing pengesan dari Unit Kecemasan Tentera Sepanyol menemui mayat itu kira-kira 50 meter dari sungai Vallehermoso berhampiran bandar Valmojado di wilayah tengah Toledo.

"Ia tersorok di dalam semak dan lumpur," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat masih perlu dikenal pasti namun pihak berkuasa mempercayai ia adalah seorang wanita berusia 50-an yang hilang di kawasan sama sejak hujan ribut melanda tengah Sepanyol.

Seblum ini pasukan penyelamat telah menemukan mayat tiga lelaki di wilayah tengah Toledo.

Manakala dua lagi mayat ditemukan pada Jumaat berhampiran bandar Aldea del Fresno.

Salah seorang daripadanya merupakan lelaki berusia 47 tahun.

Ribut yang melanda seluruh negara itu, mengganggu perjalanan puluhan ribu penduduk.

Hubungan kereta api berkelajuan tinggi antara ibu kota Sepanyol dan wilayah barat daya Andalusia dan wilayah pantai timur Valencia terpaksa ditutup, begitu juga beberapa stesen metro Madrid.

Bagaimanapun para saintis memberi amaran bahawa cuaca ekstrem seperti gelombang haba dan ribut akan kerap berlaku kerana perubahan iklim.- REUTERS

(Rumah rosak selepas ribut kuat di Cadiz, Sepanyol/REUTERS)

Media Baharu