fb fb fb fb fb

Angka kematian gempa bumi Turkiye, Syria cecah lebih 11,200 orang

(FOTO AFP)

KAHRAMANMARAS, 8 Februari - Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Turkiye dan Syria melonjak kepada lebih 11,200 orang.

Menurut Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay, jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu adalah seramai 34,810 orang.

Pihak berkuasa Turkiye masih meneruskan misi mencari dan menyelamat.

Di Turkiye, sebanyak 5,775 bangunan runtuh dan lebih 8,000 orang diselamatkan.


(Foto AFP) 

Selain itu, kira-kira 13.5 juta orang terjejas di kawasan yang dilanda gempa.

Pihak berkuasa Syria juga telah melaporkan kematian sejauh selatan Hama, kira-kira 250 kilometer dari pusat gempa.

Gempa bumi pada Isnin lalu merobohkan ribuan bangunan termasuk hospital, sekolah dan blok pangsapuri serta mencederakan puluhan ribu dan menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal di Turkiye dan utara Syria.

Media Baharu