WASHINGTON, 15 Disember - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin berkata, pentadbirannya sedang menyiasat sama ada Israel melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza susulan pembunuhan seorang pemimpin Hamas pada Sabtu lalu.
Trump turut berkata, Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk Gaza telah mula beroperasi dan lebih banyak negara akan menyertainya.
“Saya fikir, dalam satu bentuk, ia sudah pun berjalan. Semakin banyak negara menyertainya. Mereka sudah terlibat, dan mereka akan menghantar sejumlah anggota tentera seperti yang saya minta," katanya kepada pemberita.-REUTERS