fb fb fb fb fb

Amaran tsunami: Pekerja loji nuklear Fukushima telah dipindahkan

Semua pekerja di Fukushima Daiichi telah dipindahkan / Foto AFP

JEPUN, 30 Julai - Pekerja di loji nuklear Fukushima yang terletak di timur laut Jepun telah dipindahkan hari ini, susulan gempa bumi 8.7 pada skala Richter di timur Rusia yang mencetuskan amaran tsunami di sekitar rantau Pasifik.

"Kami telah memindahkan semua pekerja di Fukushima Daiichi yang mengalami kerosakkan selepas dilanda tsunami pada 2011", kata jurucakap operator loji TEPCO.

Amaran tsunami juga telah dikeluarkan di beberapa bahagian di rantau Pasifik termasuk Jepun, Hawaii, Rusia, Ecuador serta pesisir pantai barat Amerika Syarikat. -

Pusat gempa tersebut terletak berhampiran lokasi gempa bumi dahsyat magnitud 9.0 pada tahun 1952 yang pernah menyebabkan tsunami besar di seluruh rantau Pasifik. - AFP

HASRON BIN HASSAN