GAZA, 30 Julai - Sekurang-kurangnya 61,709 rakyat Palestin terbunuh sejak perang ke atas Gaza meletus pada Oktober 2023.
"83 orang lagi termasuk 33 individu yang sedang mencari bantuan makanan terbunuh akibat serangan Zionis sejak awal pagi ini ", kata Kementerian Kesihatan Gaza
Saksi memberitahu bahawa Israel menggunakan kereta kebal dan dron dalam serangan terbaharu ini.
"Ini serangan paling berdarah dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini ", kata wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum di Deir el-Balah .
Pihak berkuasa Gaza memaklumkan mangsa yang cedera pula seramai 127,688 orang.
Sementara itu, lebih 40,000 bayi berusia bawah satu tahun kini berisiko mati akibat kekurangan susu formula yang telah disekat kemasukannya selama lebih 150 hari. - Al Jazeera.