ANKARA, 30 Julai - Perkhidmatan Meteorologi Perancis, Meteo France pada Isnin mengeluarkan amaran jingga bagi 41 wilayah di kawasan selatan dan tengah susulan gelombang haba yang berterusan.
Cuaca panas melampau terus menjejaskan Perancis yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Paris, kali pertama dalam tempoh 100 tahun.
Meteo France mengeluarkan amaran jingga untuk 41 wilayah, dengan kemungkinan peningkatan kepada 45 wilayah termasuk Indre, Nievre, Saone-et-Loire dan Jura, lapor Agensi Berita Anadolu.
Suhu diramal sekitar 35 darjah Celsius (95F) dan 38C (100F) pada awal minggu dan dijangka berterusan sehingga 31 Julai.
Keadaan cuaca ini menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap Sukan Olimpik di Paris, yang dijangka berterusan sehingga 11 Ogos. - BERNAMA