BULQIZA, 27 Julai - Kementerian Pertahanan Albania mengerahkan 90 anggota tentera dan dua buah helikopter bagi membantu usaha memadamkan kebakaran hutan yang melanda kawasan pergunungan di timur laut negara itu pada Sabtu.
Lebih 20 kebakaran dilaporkan berlaku serentak di Bulqiza dan Klos i Matit sejak petang Sabtu, susulan angin kencang serta suhu tinggi yang menyebabkan ratusan hektar kawasan hutan pain dan padang ragut, musnah terbakar.
Operasi pemadaman turut melibatkan beberapa jentera dan pasukan bomba tempatan, termasuk penggunaan helikopter bagi melepaskan air dari udara bagi mengawal api yang semakin merebak ke kawasan berbukit.
Kebakaran pada hari sebelumnya di Delvine, selatan Albania, telah mencederakan tiga individu dan memaksa kira-kira 2,000 penduduk berpindah.
Enam buah kampung terjejas, manakala sebuah gereja dan 10 rumah tidak berpenghuni, turut musnah dalam kebakaran tersebut.
Bagaimanapun, situasi kebakaran dilaporkan terkawal pada waktu malam selepas sokongan udara dikerah ke kawasan terjejas. - Reuters