fb fb fb fb fb

Anjing robot pintar tarikan WAIC 2025

LYNX M20 mampu menyesuaikan pergerakannya mengikut pelbagai jenis permukaan termasuk rumput, pasir dan denai hutan.

SHANGHAI, 27 Julai - Sebuah anjing robot berkaki empat yang dinamakan LYNX M20, menarik perhatian ramai apabila dipamerkan pada Persidangan Dunia Kecerdasan Buatan (WAIC) di Shanghai, pada Sabtu.

Dibangunkan syarikat teknologi China, Deep Robotics, LYNX M20 mampu menyesuaikan pergerakannya mengikut pelbagai jenis permukaan termasuk rumput, pasir dan denai hutan.

Robot ini turut mampu menaiki dan menuruni anak tangga, berjalan secara menegak serta melakukan aksi seperti terbalik ke belakang (backflip), yang menjadikannya sesuai digunakan dalam persekitaran mencabar.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Deep Robotics, Qian Xiaoyu, robot itu dilengkapi pelbagai sensor pengesanan dan direka untuk kegunaan operasi kecemasan, pencarian dan penyelamatan, serta pemeriksaan industri di lokasi ekstrem. - Reuters

TUN JULIA MOHD TAHIR