fb fb fb fb fb

AIRBUS kembali untung selepas dua tahun tanggung kerugian akibat pendemik




PARIS, 17 Februari- Syarikat penerbangan gergasi Eropah, Airbus merekodkan keuntungan pada 2021 selepas dua tahun mengalami kerugian.

Ia menunjukkan syarikat itu berjaya mengharungi pandemik di samping peningkatan industri pelancongan.

Keuntungan bersih melonjak kepada €4.2 bilion dengan penghantaran pesawat meningkat lapan% kepada 611 pesawat, kata Airbus dalam kenyatannya.

Syarikat itu menyasarkan 720 penghantaran pesawat komersial pada 2022, setelah melihat prospek optimistiknya untuk masa depan.

"2021 adalah tahun peralihan, di mana perhatian kami beralih ke arah pemulihan dan pertumbuhan," kata ketua eksekutif Airbus Guillaume Faury.

"Terima kasih kepada daya tahan dan usaha pasukan, pelanggan dan pembekal, kami menyampaikan laporan prestasi setahun penuh yang luar biasa," katanya.

Pengeluaran adalah ukuran penting bagi keuntungan dalam industri penerbangan.

Syarikat itu juga menghantar 507 tempahan, hampir dua kali ganda dari 2020, termasuk tempahan pertama kapal pengangkut A350 baharunya.

Media Baharu