fb fb fb fb fb

AI tingkat kecekapan ramalan banjir di Korea Selatan

Lee Min ho / RTM

SEOUL, 20 September – Sistem ramalan banjir Korea Selatan kini semakin berkesan selepas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diperluas dalam operasi kawalannya.

Menurut Penyelidik Pejabat Kawalan Banjir Sungai Han, Lee Min ho, sebanyak 223 lokasi di seluruh negara itu kini diliputi ramalan banjir, berbanding hanya 75 lokasi sebelum ini.

Langkah itu sekali gus berjaya memperluas jangkauan serta meningkat ketepatan sistem.

"Sejak penerapan AI, masa amaran kini berjaya dipercepatkan hampir satu pertiga, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem.

"Penjimatan masa ini membolehkan ramalan banjir disebarkan dengan lebih meluas dan menyeluruh tanpa kelompongan," katanya.

Menurut beliau, perkembangan tersebut merupakan satu langkah positif kerana membolehkan lebih ramai penduduk, termasuk di kawasan yang sebelum ini tidak menerima amaran, mendapat akses kepada maklumat risiko.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID