fb fb fb fb fb

9 ditahan, protes antipendatang di London

FOTO REUTERS

LONDON, 3 Ogos - Sembilan individu ditahan polis semasa demonstrasi antipendatang dan perhimpunan balas yang berlangsung di hadapan Barbican Thistle Hotel, yang digunakan sebagai penempatan sementara pemohon suaka.

Penahanan itu disahkan melalui kenyataan di platform media sosial X oleh Polis Metropolitan yang memaklumkan pihaknya berjaya memisahkan kedua-dua kumpulan tersebut.

Dalam perhimpunan berkenaan, seorang penunjuk perasaan antipendatang dilihat mengibarkan bendera England sambil melaungkan slogan “hantar mereka pulang”, manakala kumpulan balas yang dianjurkan oleh Stand Up To Racism membawa sepanduk bertulis “Tiada negara. Tiada sempadan. Pelarian dialu-alukan di sini” dan “Hentikan golongan pelampau kanan”.

Menurut kenyataan Polis Metropolitan pada Jumaat, protes berkenaan dianjurkan oleh penduduk setempat di bawah slogan “Thistle Barbican needs to go – locals say no”.

Media tempatan melaporkan demonstrasi antiendatang turut berlaku di Manchester dan Newcastle.

Antara 30 Julai hingga 7 Ogos 2024, gelombang protes antipendatang melanda 27 bandar dan pekan di United Kingdom, mencetuskan rusuhan serta serangan perkauman ganas yang menyasarkan umat Islam dan pusat imigresen.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE