BEIJING,18 Jun- Hampir 800 warga China telah dipindahkan dari Iran sejak Israel melancarkan serangan tentera terhadap negara itu minggu lalu.
"Pada masa ini 791 warga China telah dipindahkan dari Iran ke kawasan selamat dan lebih 1,000 orang sedang dalam proses berpindah.
China merakamkan ucapan terima kasih kepada negara berkaitan kerana memberikan sokongan dan bantuan penuh," kata jurucakap kementerian luar Guo Jiakun .
Iran melepaskan peluru berpandu hipersonik ke arah Israel dalam serangan terbaru pada awal Rabu beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuntut republik Islam itu penyerahan tanpa syarat.
Kuasa-kuasa dunia telah berusaha untuk mencari jalan keluar, dengan harapan dapat mengelakkan konflik terus berlanjutan.
Trump mencetuskan spekulasi mengenai campur tangan Amerika apabila bertindak meninggalkan sidang kemuncak G7 di Kanada, ketika para pemimpin menyeru supaya penyelesaian konflik itu.