AHMEDABAD, 18 Jun- Lebih 200 mangsa nahas jet Air India telah dikenal pasti melalui ujian DNA.
Pihak berkuasa India pada hari ini memberitahu, perkara itu akan menamatkan penantian kaum keluarga dan saudara-mara mangsa.
"Mereka telah menyediakan sampel DNA untuk membantu mengenal pasti identiti dalam proses yang panjang.
Sehingga 2 petang, 202 DNA (sampel) telah dipadankan," Harsh Sanghavi, menteri dalam negeri Gujarat Ahmedabad, menulis di X.
Pihak berkuasa India masih belum mengumumkan punca nahas dan penyiasat dari Britain dan Amerika Syarikat telah menyertai siasatan.
Penyiasat menyasarkan untuk mendapatkan maklumat penting daripada kedua-dua kotak hitam yang ditemui dari tapak, perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.
Hanya seorang terselamat daripada 242 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat yang menuju ke London pada Khamis apabila ia merempuh kawasan perumahan di Ahmedabad.-AFP