TEHRAN,18 Jun- Iran tidak akan menyerah seperti yang dituntut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei hari ini memberi amaran kepada Washington bahawa mereka akan menghadapi kemusnahan jika campur tangan.
“Negara ini tidak akan pernah menyerah kepada hukuman daripada sesiapa,
Amerika harus tahu bahawa sebarang campur tangan tentera sudah pasti akan mengakibatkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki." kata Khamenei dalam ucapan yang dibacakan di televisyen negara.