fb fb fb fb fb

770 juta penduduk dunia buta huruf

(FOTO AFP)

MARRAKESH, 16 Jun- Sekitar 770 juta orang buta huruf dilaporkan di seluruh dunia.

Menurut laporan Sputnik, dua pertiga daripada jumlah itu melibatkan golongan wanita.

"Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis,

"Dua pertiga daripadanya adalah wanita," kata Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ke-7, semalam.

(Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay/ AFP)

Malah, beliau turut menggesa usaha untuk menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf dipertingkatkan.

Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ke-7 diadakan di Marrakesh, Maghribi pada Rabu - Jumaat. -AFP

Media Baharu