fb fb fb fb fb

7 maut dalam serangan di Gereja Hamburg

(FOTO AFP)

HAMBURG, 10 Mac- Lebih tujuh orang maut dan beberapa orang cedera dalam insiden tembakan di sebuah gereja disini malam tadi, lapor portal berita bbc.com.

Menurut polis, penyerang dipercayai antara yang terbunuh dalam kejadian itu, sementara motif serangan masih tidak diketahui.

Jurucakap polis, Holger VehrenHolger Vehren berkata pihaknya menerima panggilan selepas beberapa tembakan dilepaskan di dalam bangunan gereja tersebut.

Pihak polis yang memasuki bangunan menjumpai beberapa mangsa tembakan yang cedera dan parah akibat terkena tembakan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Hamburg, Andy Grote menerusi ciapan di Twitternya berkata pasukan polis khas dan sejumlah besar anggota telah dikerahkan di lokasi kejadian.

Pihak polis turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau andaian berkaitan kejadian, memetik laporan bbc.com. 


(FOTO AFP)

Media Baharu