HARIDWAR, 27 Julai - Sekurang-kurangnya enam maut manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Kuil Mansa Devi, Haridwar, pada Ahad.
Menurut Suruhanjaya Bahagian Garhwal, Vinay Shankar Pandey, seramai 35 mangsa dikejarkan ke Hospital G.D., termasuk enam yang disahkan meninggal dunia.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan ketika pengunjung mula membanjiri kawasan kuil. Menurut Ketua Polis Daerah Haridwar, Pramendra Dobhal, pasukan penyelamat bersama penduduk tempatan segera membantu membawa mangsa ke hospital.
Ketua Menteri negeri Uttarakhand dalam kenyataan di platform X memaklumkan, pasukan polis dan penyelamat telah berada di lokasi dan sedang menjalankan operasi bantuan.
Punca insiden masih disiasat - Reuters