LAGOS, 9 September- Sebuah lori tangki minyak meletup selepas bertembung dengan sebuah trak yang membawa penumpang dan lembu di utara Nigeria mengorbankan sekurang-kurangnya 52 orang, kata agensi penyelamat hari ini.
Jurucakap agensi pengurusan kecemasan negara (Sema), Ibrahim Husseini memberitahu AFP mayat mangsa telah dikebumikan secara beramai-ramai berikutan kemalangan dan letupan awal pagi semalam.
Kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki petrol sarat dengan bahan api bertembung dengan lori treler yang sarat dengan penumpang dan lembu, kata kenyataan Sema sebelum ini.
"Dua kenderaan lain, kren dan van pikap, turut terlibat.
"Lebih 50 ekor lembu turut dibakar hidup-hidup," katanya.
Letupan dan kemalangan lori tangki minyak adalah perkara biasa di Nigeria, sebahagiannya disebabkan oleh keadaan jalan raya yang buruk. - AFP