BANGKOK, 24 Oktober- Serangan udara tentera Myanmar ketika konsert anjuran kumpulan etnik penentang utama membunuh kira-kira 50 orang dan mencederakan 70 yang lain.
"Sekitar 8.40 malam (1440 GMT) Ahad, dua jet tentera Myanmar menyerang" satu majlis yang diadakan oleh Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), kata Kolonel Naw Bu memberitahu AFP.
“Kira-kira 50 orang terbunuh termasuk anggota KIA dan orang awam,” katanya sambil menambah kira-kira 70 orang cedera.
Media tempatan melaporkan bahawa sehingga 60 tentera dan orang awam telah terbunuh.
Imej yang dikongsi oleh media tempatan dikatakan menunjukkan kesannya, dengan serpihan bersepah di tanah.
Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di Myanmar berkata ia "sangat bimbang dan sedih dengan laporan serangan udara yang berlaku di Hpakant, Negeri Kachin".
"Laporan awal menganggarkan bahawa lebih 100 orang awam mungkin terjejas oleh pengeboman itu," katanya dalam satu kenyataan.
"Banyak kematian juga telah dilaporkan," tambahnya.
Jurucakap junta tidak menjawab permintaan untuk komen.
KIA telah bertempur secara kerap dengan tentera selama beberapa dekad, dengan pertempuran sengit meletus berikutan rampasan kuasa tahun lalu. -AFP
(Laporan awal menganggarkan bahawa lebih 100 orang awam mungkin terjejas oleh
pengeboman itu," katanya dalam satu kenyataan/REUTERS)