fb fb fb fb fb

5 trak bantuan kemanusiaan PBB dibenar ke Gaza buat pertama kali sejak 2 Mac lalu

Beberapa buah trak yang membawa bantuan kemanusiaan dilihat menunggu untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Kerem Shalom dari wilayah Israel, pada Selasa / AFP

GAZA, 21 Mei- Israel membenarkan lima trak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin, menjadikannya bantuan pertama yang dibenarkan sejak sekatan penuh dikuatkuasakan pada 2 Mac lalu.

Menurut kenyataan daripada COGAT, badan di bawah Kementerian Pertahanan Israel yang mengurus hal ehwal awam di wilayah Palestin, trak bantuan tersebut memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom.

“Lima trak PBB yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk makanan bayi, telah dipindahkan hari ini melalui lintasan Kerem Shalom ke Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan tersebut.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE