fb fb fb fb fb

466 orang ditahan semasa tunjuk perasaan solidariti Palestin di London

Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London / Foto AFP

LONDON, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 466 orang ditahan semasa tunjuk perasaan di kawasan bangunan Parlimen UK, kata pasukan Polis Metropolitan di laman X .

"Kami kini telah menahan 466 orang ketika orang ramai memegang sepanduk menyokong Palestin", kata pegawai polis yang menyatakan kumpulan protes ditahan di bawah undang-undang antikeganasan.

Kumpulan penunjuk perasaa menuduh kerajaan Britain bersubahat dalam jenayah perang Israel di Gaza.

Polis Metropolitan berkata, tangkapan pada demonstrasi itu adalah antara jumlah terbesar sejak perhimpunan bermula di London pada Oktober 2023.

Jalan-jalan di kota raya itu dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang membawa bendera Palestin sambil memegang sepanduk bertulis "Free Palestine".

Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London ini menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menuntut penamatan serangan Israel ke atas Gaza.

Israel kini menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan daripada Kumpulan Hak Asasi Manusia atas serangan tentera yang berterusan di Gaza. - REUTERS

HASRON BIN HASSAN