fb fb fb fb fb

Enam cedera dalam insiden tembakan di Baltimore

Seorang mangsa lelaki berada dalam keadaan kritikal / Foto AFP

WASHINGTON, 10 Ogos - Enam orang cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam insiden tembakan di sebuah kawasan kejiranan di Baltimore pada Sabtu malam, menurut lapor Xinhua.

Tembakan berlaku sejurus sebelum 8.50 malam waktu tempatan berhampiran persimpangan Spaulding dan Queensberry Avenue, ketika orang ramai berkumpul di luar untuk menjamu selera, lapor ABC News yang memetik Pesuruhjaya Polis Baltimore, Richard Worley.

Seorang mangsa lelaki berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan, menurut laporan itu, sambil menjelaskan yang polis belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai suspek atau berapa ramai suspek terlibat. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN