fb fb fb fb fb

44 maut dalam serangan tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak awal Sabtu

RUMMANAH, 10 Ogos - Serangan peluru berpandu dan bedilan roket oleh tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak awal Sabtu lalu setakat ini telah mengorbankan sejumlah 44 nyawa.

Jumlah tersebut termasuk 15 remaja dan kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun.

Menurut laporan media tempatan, daripada angka itu, empat yang terkorban adalah adik-beradik daripada keluarga Najm.

(FOTO AFP)

Dalam pada itu, saksi kejadian, Fayez al-Halabi 12 tahun menceritakan sebelum serangan berlaku, empat adik beradik tersebut sedang duduk mengelilingi kubur datuk mereka, Jamil yang terletak di hadapan pintu rumah mereka di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Mereka diserang oleh peluru berpandu daripada pesawat peninjau Israel ketika berada di lokasi kejadian.

Kurang 24 jam sebelum itu, di kem Jabali, enam orang awam terbunuh, termasuk 4 kanak-kanak dan seorang wanita selain beratus lagi cedera apabila dua rumah terkena bedilan peluru berpandu tentera haram Israel. -AFP

Media Baharu