GAZA, 15 Disember - Sekurang-kurangnya 44,976 orang terbunuh dalam lebih 14 bulan konflik antara Israel dan pejuang Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir Hamas.
Angka itu termasuk 46 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, dengan 106,759 orang dilaporkan cedera sejak serangan tanpa henti Zionis Israel pada 7 Oktober 2023.
Majoriti mangsa adalah orang awam, yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - AFP