GAZA, 15 Disember – Serangan udara Israel di Gaza semalam mengorbankan 18 orang, termasuk empat pelarian yang berlindung di khemah, menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza.
Empat lagi maut dalam serangan ke atas sebuah rumah di Gaza Tengah, manakala puluhan cedera di seluruh wilayah akibat serangan udara dan artileri yang berterusan.
Hospital di Gaza kini bergelut dengan kekurangan bekalan perubatan dan tenaga kerja selepas beberapa petugas kesihatan terkorban dalam serangan tersebut.
Serangan tanpa henti Zionis Israel menyebabkan lebih 44,930 kematian di Gaza sejak Oktober 2023, majoriti mangsa adalah orang awam, yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - AFP