MOSCOW, 15 Disember - Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum, menurut Agensi Persekutuan Rusia bagi Pengangkutan Laut dan Perairan Dalam Negeri (Rosmorrechflot) pada Ahad, menurut agensi berita Sputnik/RIA Novosti.
"Pada hari ini, akibat ribut, dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239, berlanggar di Laut Hitam. Terdapat 15 dan 14 kru masing-masing di atas kapal ketika kejadian. Akibat kemalangan ini, petroleum tumpah ke laut," menurut kenyataan itu.
Rosmorrechflot turut memaklumkan, operasi penyelamatan dimulakan. Dua kapal tunda dan dua helikopter dihantar ke lokasi, dan usaha pemindahan sedang dijalankan. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI