fb fb fb fb fb

40 orang terbunuh dalam banjir, tanah runtuh di Peru

(FOTO AFP)

BOGOTA, 8 Februari - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah Arequipa itu turut mengorbankan tiga kanak-kanak.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN), sebanyak 5,495 rumah, 538 kilometer jalan raya dan 34 jambatan rosak.

Manakala beribu-ribu orang hilang tempat tinggal akibat bencana itu.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.


(Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat
di Peru/ AFP)


Sementara itu, perintah darurat diisytiharkan di Arequipa, wilayah yang paling terjejas teruk.

Pihak berkuasa berkata usaha untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang terjejas masih diteruskan.

Kerajaan Peru berkata ia sedang menilai kemungkinan menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara, kerana jalan yang menghubungkan ke sektor perlombongan Secocha terhalang akibat tanah runtuh.

Media Baharu