fb fb fb fb fb

4 maut helikopter terhempas di Brazil

SAO PAULO, 18 Mac- Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di jalan di Sao Paulo, Brazil, di Amerika Selatan, kata Jabatan Bomba.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 2.35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar, kata Jabatan Bomba menerusi akaun Twitternya.

Jabatan Bomba memaklumkan, sembilan kenderaan terjejas akibat kemalangan itu dan akan mengemaskini maklumat sekiranya terdapat pertambahan.

(Foto hiasan)

Menurut media tempatan, helikopter itu adalah Robinson R44 Raven II, yang dimiliki oleh sebuah syarikat teksi udara.

Sao Paulo mempunyai 411 helikopter berdaftar persendirian, dengan 2,200 perjalanan harian bagi setiap data 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil. -REUTERS

Media Baharu