fb fb fb fb fb

38,295 penduduk Palestin terkorban, lebih 88,000 orang cedera

Penduduk Palestin yang terkorban dalam pengeboman Israel di Deir el-Balah/ AFP

GAZA, 10 Julai- Sekurang-kurangnya 38,295 orang penduduk Palestin terkorban dalam konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata lebih 88,241 warga Palestin cedera sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sebanyak 52 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam pada itu, tentera Israel melancarkan lebih banyak serangan ke atas Gaza menurut sumber perubatan dan tentera, yang mengatakan ia menyasarkan pejuang Hamas yang beroperasi dari dalam bangunan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera Israel meningkatkan serangan udara dan darat di Bandar Gaza serta selatan Gaza sejak ia mengeluarkan arahan pemindahan kepada berpuluh-puluh ribu penduduk di wilayah Palestin yang dilanda peperangan.-AFP

 

ROSLINA BINTI DIN