fb fb fb fb fb

37 terbunuh dalam serangan Israel di Kem pelarian Rafah

Foto Reuters

BAITULMAQDIS, 12 Februari - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara ratusan yang lain cedera dalam serangan yang dilancarkan oleh Israel di bandar Rafah, selatan Gaza, menurut Pegawai Kesihatan tempatan pada Isnin.

Pengeboman yang dilancarkan Israel mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam yang kebanyakannya masih tidur ketika serangan dimulakan kata penduduk yang dihubungi pihak Reuters menggunakan aplikasi perbualan.

Terdapat juga sebahagian orang awam yang bimbang tentang kemungkinan Israel akan melancarkan serangan darat terhadap Rafah.

Israel menggunakan pesawat pejuang, kereta kebal dan kapal perang dalam serangan tersebut yang menyasarkan dua buah masjid dan beberapa buah rumah penduduk.

Pada Ahad lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang meminta agar Israel tidak menyerang Raffah tanpa sebarang perancangan bagi melindungi orang awam.

Agensi bantuan kemanusiaan berkata serangan oleh Isreal hanya akan memburukan keadaan memandangkan Rafah menjadi lokasi terakhir yang selamat diduduki selepas kawasan lain musnah akibat serangan tentera Israel.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD