fb fb fb fb fb

Zalenskiy lantik bekas Timbalan Menteri Pertahanan sebagai Komander Tentera Darat Baharu

Komander Tentera Darat baharu Ukraine, Oleksandr Pavliuk / Foto RTM

KYIV, 11 Februari -Presiden Ukraine, Volodymr Zelenskiy telah melantik bekas Timbalan Menteri Pertahanan Pertama negara itu, Oleksandr Pavliuk sebagai komander tentera darat baharu mengikut dekri yang disaiarkan pada Ahad.

Pavliuk, bekas Leftenan Jeneral sebelum ini berkhidmat di kementerian Pertahanan Ukraine menggantikan Oleksandr Syrskyi yang disingkirkan awal minggu ini.

Zelenskiy turut mengumumkan pelantikan lima pegawai tentera kanan bagi mengisi kekosongan pasukan tentera.

Pasukan tentera darat Ukraine dirombak semula untuk tujuan memperkasakan kekuatan pertahanan negara berkenaan bagi menentang pencerobohan Rusia yang memasuki tahun kedua.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD