fb fb fb fb fb

33 militan terbunuh dalam pertempuran di Manipur, India

(Seorang penunggang skuter menunggang tangki air yang rosak yang dibakar semasa protes
oleh kumpulan puak di Churachandpur di negeri timur laut Manipur, India, 4 Mei 2023/ REUTERS)

GUWAHATI, 29 Mei- Sekurang-kurangnya 33 militan puak terbunuh baru-baru ini, di pedalaman negeri timur laut India, Manipur, dalam operasi berterusan pasukan keselamatan berikutan pertempuran etnik di wilayah itu, kata ketua menteri negeri, semalam.

Negeri yang bersempadan dengan Myanmar itu menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan rusuhan dan pertempuran etnik mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Keganasan bermula pada 3 Mei lalu, apabila kumpulan puak bertelagah dengan etnik majoriti Meitei, kumpulan bukan etnik, mengenai faedah ekonomi dan kuota yang diberikan kepada golongan terbabit.

Semalam, Ketua Menteri, N Biren Singh, memberitahu pemberita, kira-kira 33 militan terbunuh setakat ini.

"Operasi besar-besaran menggunakan helikopter dimulakan. Kami cuba mencari pesalah dan militan yang menyerang orang awam," katanya.

Awal bulan ini, New Delhi mengerah ribuan askar separa tentera dan tentera ke negeri yang mempunyai 3.2 juta penduduk itu.

Manipur berkongsi sempadan hampir 400 kilometer (km) dengan Myanmar, di mana rampasan kuasa pada 2021 menyebabkan ribuan pelarian merentasi sempadan ke negeri itu. - REUTERS


(Anggota keselamatan India dilihat berkawal di Sungai Brahmaputra di Guwahati,
ibu kota negeri timur laut India Assam/ AFP)

Media Baharu