fb fb fb fb fb

33 cedera selepas kapal terbalik di dok limbungan

(FOTO AFP)

EDINBURGH, 23 Mac - Seramai 21 orang dikejarkan ke hospital, manakala 12 lagi cedera selepas sebuah kapal terbalik akibat angin kencang di dok limbungan.

Kapal penyelidikan Petrel berada pada kedudukan 45 darjah di Dermaga Imperial di daerah Leith di utara ibu negara Scotland.

Perkhidmatan Ambulans Scotland berkata, pihaknya menghantar 21 pesakit ke hospital dan merawat serta mengeluarkan 12 yang lain di tempat kejadian selepas menghantar lima ambulans, ambulans udara, tiga pasukan trauma dan unit lain.

(FOTO AFP)

Penyedia Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tempatan berkata pihaknya 'bersiap sedia menerima sejumlah pesakit' di Infirmari Diraja Edinburgh yang di bawa dari tempat kejadian.

Polis Scotland mengesahkan pegawainya turut hadir dan agensi pengawal pantai berkata pasukan dari tiga balai membantu dalam insiden tersebut.

Ahli majlis tempatan, Adam McVey menyifatkan insiden itu sebagai 'menakutkan' bagi mereka yang berada di atas kapal dengan menulis pada ciapan Twitter mengatakan 'angin kencang' menterbalikkan kapal itu.

Petrel berukuran 76 meter panjang sebelum ini dibeli dan diubahsuai oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen tetapi media British melaporkan ia tidak lagi menjadi harta pusakanya.

Kapal itu dikatakan mempunyai berat 3,000 tan dan berada di dok limbungan darat sejak 2020.-AFP

Media Baharu