LOS ANGELES, 20 April- Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai pada malam Jumaat di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Menurut Pejabat Sheriff Daerah Dodge, pesawat itu sedang menyusuri Sungai Platte di selatan Fremont sebelum terhempas ke dalam sungai berkenaan.
Ketiga-tiga mangsa yang menaiki pesawat telah dikenal pasti, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa siasatan kini akan diambil alih oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.- BERNAMA-XINHUA