fb fb fb fb fb

3 maut, 84 sakit akibat wabak taun di Tanzania

Foto REUTERS

DAR ES SALAAM, 20 September- Sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia dan 84 yang lain jatuh sakit berikutan wabak taun di sepanjang tepi Tasik Tanganyika di wilayah Katavi, Tanzania, seorang pegawai kesihatan tempatan melaporkan pada Jumaat.

Pegawai Perubatan Wilayah Katavi Ramadhani Karume memberitahu Xinhua bahawa sejak wabak itu pertama kali dilaporkan di rantau itu dua minggu lepas, 19 daripada 84 pesakit taun dimasukkan ke pusat kesihatan yang diasingkan, manakala yang lain dirawat dan dibenarkan pulang.

Beliau menyatakan kawasan yang paling teruk terjejas ialah Kalema dan Ikola, yang ramai penduduk meminum air yang tidak dirawat dari Tasik Tanganyika.

Pesuruhjaya Wilayah Katavi Mwanamvua Mrindoko mengarahkan semua pesuruhjaya daerah untuk menguatkuasakan langkah kebersihan yang ketat di kawasan mereka untuk mencegah penularan penyakit itu yang bakterianya membiak dalam keadaan tidak bersih. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM