fb fb fb fb fb

29 terbunuh dalam serangan udara Israel

Serangan Israel di Gaza / AFP

GAZA, 2 Mei - Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh akibat dibom Israel sejak tengah malam Khamis.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam, Mohammed al-Mughayyir, jumlah korban itu termasuk lapan yang terbunuh dalam serangan udara ke atas rumah keluarga Abu Sahlul di kem pelarian Khan Yunis di selatan Gaza.

Empat orang terbunuh dalam serangan udara di timur Shaaf di kawasan kejiranan Al-Tuffah.

Manakala 17 lagi terbunuh dalam serangan lain di seluruh wilayah Palestin.

"Kami datang ke sini dan mendapati semua rumah musnah, kanak-kanak, wanita serta orang muda semuanya dibom sehingga hancur," kata Ahmed Abu Zarqa selepas serangan maut di Khan Yunis.

"Ini bukan cara untuk hidup. Cukup, kami penat, cukup!

"Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan kehidupan kami lagi. Kami lebih rela mati daripada menjalani kehidupan seperti ini."

Sehingga kini, seramai 52, 418 penduduk Palestin maut diserang rejim zionis.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID