fb fb fb fb fb

29 jet pejuang China dikesan berlegar di kawasan perairan Taiwan

Gambar kapal miliki China diambil pada 18 September lalu/Foto AFP

TAIPEI, 26 September - Taiwan mengesan 29 lagi jet pejuang dan dron China di sekitar pulau demokrasi itu susulan peningkatan pergerakan ketenteraan oleh pasukan Beijing dalam tempoh 24 jam.

China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya menghantar pesawat pejuang, dron, dan kapal tentera laut ke sekeliling pulau itu hampir setiap hari.

Terbaharu, media Jepun melaporkan bahawa kapal perang Jepun telah belayar melalui Selat Taiwan buat pertama kalinya.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan bahawa 43 pesawat tentera China dan lapan kapal tentera laut dikesan dalam tempoh 24 jam yang berakhir pada pukul 6.00 pagi waktu tempatan.

Mereka turut mengeluarkan gambar yang menunjukkan pesawat tersebut mengelilingi pulau itu kecuali di pantai timur laut.

Menjelang petang, kementerian melaporkan bahawa 29 lagi pesawat - termasuk jet pejuang dan dron - telah dikesan sejak pukul 8 pagi.

Bagaimanapun, Tokyo enggan mengulas mengenai laporan tersebut.

Taipei sudah terbiasa dengan pergerakan ketenteraan China di sekitarnya, dan pakar menyifatkan peningkatan penggunaan pesawat, bot, dan dron itu sebagai bentuk "gangguan zon kelabu" yang membuatkan angkatan tentera Taiwan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurut pakar ketenteraan, meskipun taktik itu bukan digunakan oleh China dan bukan serangan perang secara langsung, namun ia bertujuan menunjukkan kesiapsiagaan pasukan tentera Taiwan.

Pada 11 Julai, Taiwan mencatatkan rekod tertinggi apabila 66 pesawat tentera China dikesan berlegar di sekitar kawasan Taiwan bagi tempoh 24 jam. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN