fb fb fb fb fb

265 askar Ukraine serah diri di Azovstal

(Sepanjang 24 jam lalu, 265 militan meletak senjata dan menyerah diri, termasuk 51 yang cedera parah/AFP)

MOSCOW, 17 Mei - Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa bahawa 265 askar Ukraine menyerah diri di loji keluli Azovstal yang dikepung di bandar pelabuhan Mariupol.

“Sepanjang 24 jam lalu, 265 militan meletak senjata dan menyerah diri, termasuk 51 yang cedera parah,” kata kementerian itu dalam taklimat.

Tambahnya, mereka yang memerlukan rawatan perubatan telah dipindahkan ke hospital di bandar Novoazovsk.

(Kementerian pertahanan Rusia berkata 265 askar Ukraine 'menyerah diri' di kilang keluli Azovstal yang terkepung di Mariupol/AP)

Bulan lalu, Moscow mendakwa menguasai Mariupol selepas pengepungan selama berminggu-minggu, tetapi beratus-ratus askar Ukraine kekal bersembunyi di dalam terowong bawah tanah di bawah zon perindustrian Azovstal yang besar, disekat oleh tentera Rusia.

Kementerian Pertahanan Ukraine pada lewat Isnin berkata, 264 pejuang Ukraine telah dipindahkan ke wilayah yang dikuasai Rusia, termasuk 53 "cedera parah".

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Ganna Malyar,mereka akan dibebaskan menerusi prosedur pertukaran tawanan. -AFP

Media Baharu