fb fb fb fb fb

259 terkorban akibat taufan Fung-wong dan Kalmaegi

Ribuan penduduk hilang tempat tinggal / Foto AFP

MANILA, 12 November - Pihak berkuasa Filipina mengesahkan angka kematian akibat dua taufan, meningkat kepada 259 korban.

Sekurang-kurangnya 27 maut, manakala dua lagi masih hilang akibat taufan Fung-wong, Ahad lepas.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) dalam laporan berasingan turut memaklumkan, Taufan Kalmaegi pada 4 November lepas yang mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh telah mengorbankan 232 orang, 112 lagi hilang dan lebih 500 yang lain cedera.

Kebanyakan angka kematian, dilaporkan berlaku di wilayah Cebu yang turut terjejas susulan gempa bumi, 30 September lepas.

Bencana alam itu, mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan infrastruktur utama. -AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN