ANTIOQUIA, 25 September – Seramai 23 pelombong emas di Colombia berjaya diselamatkan selepas lebih 48 jam terperangkap sedalam 80 meter di sebuah lombong di wilayah perlombongan emas, Antioquia.
Seorang pelombong, Hector Lopera berkata, komunikasi awal dengan pasukan penyelamat membantu menenangkan keadaan kerana mereka diberi makanan sepanjang operasi.
“Sejak ada komunikasi, kami jadi lebih tenang kerana tahu mereka sedang berusaha, dan makanan juga dihantar kepada kami,” katanya.
Menurut Agensi Perlombongan Negara Colombia, insiden berlaku susulan runtuhan kira-kira 15 meter di pintu masuk utama lombong pada Selasa lalu. - REUTERS