fb fb fb fb fb

23 maut akibat puting beliung, ribut di Mississippi

(Pokok tumbang menimpa sebuah gereja akibat ribut dan puting beliung di Mississippi/Reuters)

MISSISSIPPI, 25 Mac- Sekurang-kurangnya 23 orang maut akibat ribut dan puting beliung yang membadai sini di selatan Amerika Syarikat pada Sabtu dengan jumlah korban dijangka akan meningkat lagi.

Agensi pengurusan kecemasan negeri itu melaporkan, kira-kira empat orang hilang dan puluhan lagi cedera, manakala puluhan ribu orang di Mississippi, Alabama dan Tennessee terputus bekalan elektrik.

Rolling Fork di sini paling terjejas dengan banyak deretan rumah dan bangunan musnah.

"Bandar saya sudah tiada. Apabila saya melihat dari kiri ke kanan, kemusnahan sahaja yang saya lihat," kata Datuk Bandar Rolling Fork, Eldridge Walker.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menjangkakan lebih banyak ribut petir akan melanda negeri itu dengan penduduk diberi amaran supaya berjaga-jaga. -AFP

(Imej satelit menunjukkan puting beliung melintasi Mississippi/AFP)

 

Media Baharu