GAZA, 26 Julai – Suasana hiba menyelubungi Hospital Al-Shifa pada Sabtu, apabila rakyat Palestin meratapi kehilangan ahli keluarga yang terkorban dalam serangan udara Israel, termasuk mereka yang terbunuh ketika sedang berusaha mendapatkan bantuan kemanusiaan.
Menurut agensi penyiaran rasmi Palestin, WAFA, seramai 21 orang terbunuh sejak awal pagi, termasuk 13 mangsa yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan, berdasarkan maklumat daripada sumber perubatan tempatan.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel menyatakan bahawa semasa operasi di Bandar Gaza, pasukan pertahanan telah menyerang pelancar roket yang digunakan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal ke arah pasukan IDF yang sedang beroperasi di kawasan itu.
Hampir 60,000 orang terkorban dalam konflik berterusan antara Israel dan pejuang Hamas sejak lebih dua tahun lalu dan sebahagian besar wilayah Gaza kini musnah teruk akibat serangan berterusan oleh tentera Israel.-REUTERS
