fb fb fb fb fb

21 maut dalam kemalangan jalan raya di Mexico

Foto X/ @LupitaJuarezH

PUEBLA, 15 Mei– Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam satu kemalangan membabitkan treler dan bas di negeri Puebla, tengah Mexico, awal pagi Rabu.

Menurut pegawai kerajaan negeri, Samuel Aguilar, seramai 18 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Jumlah sebenar mangsa yang cedera tidak didedahkan, namun mereka kini sedang dirawat di beberapa hospital berdekatan.

Insiden tersebut menambah kepada statistik kemalangan jalan raya di Mexico yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Pada 8 Februari lalu, nahas melibatkan lori dan bas di negeri Campeche meragut 38 nyawa dalam salah satu tragedi paling buruk pernah direkodkan di negara itu.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM