fb fb fb fb fb

205 kematian akibat denggi di Filipina tahun ini

Gambar hiasan

MANILA, 1 Julai - Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan pada Isnin, lapor Xinhua.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh Filipina, peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata, belum terlambat membuat perubahan, justeru kerajaan tempatan digesa mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Pada 29 Mei lalu, biro cuaca mengumumkan permulaan musim hujan di Filipina. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN