fb fb fb fb fb

18 terbunuh, majlis kahwin bertukar tragedi diserang pengebom bunuh diri

Seorang lelaki cedera menerima rawatan di hospital selepas menjadi salah seorang mangsa serangan pengebom berani mati pada majlis perkahwinan di Nigeria/Foto AFP

MAIDUGURI, 1 Julai - Majlis perkhawinan yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar tragedi apabila menjadi sasaran siri letupan di Nigeria.

Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan maut dalam letupan yang berlaku di timur laut negara berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, siri letupan itu disyaki dilakukan oleh tiga pengebom berani mati yang menyasarkan beberapa kawasan lain secara serentak.

Selain majlis perkhawinan tersebut, hospital utama di bandar Gwoza turut menjadi sasaran letupan.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri, 48 lagi dilaporkan cedera dalam tragedi tersebut.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan kali ini.

Pada tahun 2014, seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupan dalam sebuah majlis perkahwinan kira-kira 3 petang.

Ketika upacara pengebumian bagi mangsa serangan perkahwinan, seorang lagi pengebom berani mati iaitu seorang wanita meletupkan dirinya bersama bahan letupannya.

Beberapa minit kemudian, seorang remaja perempuan meletupkan alatan lain yang diletupkan di sekitar hospital besar di bandar itu - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN