fb fb fb fb fb

Lima maut, 57 cedera akibat letupan gas di restoran

Letupan gas yang kuat sehingga boleh didengar sejauh beberapa batu kilometer/Foto media sosial

ISTANBUL, 1 Julai - Lima orang terbunuh akibat letupan gas di sebuah restoran di Turkiye.

Kejadian berlaku di bandar Torbali selatan bandar Izmir.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya sekurang-kurangnya 57 orang lagi cedera dalam kejadian itu.

Agensi berita tempatan melaporkan, letupan yang kuat itu kedengaran dari jarak beberapa kilometer.

Letupan juga telah memusnahkan beberapa struktur bangunan selain merosakkan beberapa kenderaan berhampiran restoran tersebut. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN