BAITULMAQDIS, 1 Julai - Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr Mohammed Abu Salmiya dibebaskan selepas ditahan selama lebih tujuh bulan dalam operasi ketenteraan Israel.
Salmiya ditahan pada November lalu dibawa ke Hospital Al-Naseer untuk pemeriksaan kesihatan.
Manakala lima yang lain dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah.
Sebelum ini, Israel menuduh Hamas bersembunyi di Hospital Al-Shifa yang didakwanya menjadi kubu ketenteraan.
Bagaimanapun kumpulan pejuang Hamas menafikan dakwaan itu.
Pada Mei lalu, kumpulan hak asasi Palestin berkata seorang pakar bedah kanan Al-Shifa meninggal dunia di penjara Israel.
Namun rejim Zionist berkata kononnya tidak menyedari tentang kematian pakar bedah itu.
Angka kematian akibat serangan genosid Israel di Gaza telah meningkat kepada 37,900 orang, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.
Jumlah itu termasuk sekurang-kurangnya 23 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sementara itu, bilangan mangsa yang cedera mencecah 87,060 orang dalam tempoh hampir sembilan bulan selepas diserang rejim Zionist Israel sejak 7 Oktober tahun lalu - AFP